Thursday, 13 October 2011

Welcome back! Menu kita hari ini Kari ikan dan sayur tumis.

Assalamualaikum and hye hye peeps ! Mari kita sama-sama ucapkan Goodbye Baby goodbye kepada PMR! Merdeka dilaungkan 7kali sambil membuat muka yang terharu kerana melepasi sempadan darurat yang menggerunkan! *ewahh ayat teman ^^ HAHA. Ini adalah masa untuk semua PMR candidates tak tahu nak buat apa. Serious, dah lah tak pergi sekolah.. Kalau pergi bosan, duduk rumah bosan.. nak merayap nanti kena jeling dengan ibu. Apa perlu golongan macam kami ini buat untuk mengisi masa lapang?? Jawapannya.... taraaaa... MEMASAK !

Perempuan sekarang perlu tahu masak, kalau tak nanti pergi rumah orang.. orang tiba tiba suruh kita masak, haaa.. ate tenganga mulut, terkeluar biji mata tatau nak buat apa. Untuk langkah berjaga-jaga at least kena tahu lah masak, masak simple simple pun takpe, macam telur masak merah ke, telur masak kicap ke, telur masak rendang ke, ada ke? =='. Jangan masak telur goreng hangit sudah, silalah faham.. Itu memalukan -.- 

Harini Sara bangun awal atas alasan dikejutkan oleh ayah secara tiba-tiba. Ok, benci! Dia suruh sara cuci ikan. Hamboi! Dah lama ni Sara tak buat kerja yang boleh dikategorikan 'bakal calon bini terbaik'. ^_^ Tanpa buang masa, Sara pun pergi cuci ikan tu. Err! Ikan keli, ikan patin dengan satu lagi ikan.. tatau lah ikan apa, semua sara cuci sampai bersih. Masa tengah mencuci tu, hati ni tiba tiba je terbuka nak masak somethin' for ibu yang bakal balik kerja petang nanti. 


Mari kita mulakan process masak memasak! Firstly, sediakan bahan bahan :
PERHATIAN! Sara sebenarnya tak ingat macam mana nak masak Ikan Kari, so bahan bahan ni kiter main hentam je. Yang ada kacang panjang dengan carrot tu nak buat sayur tumis!
Mulakan masakan dengan bismillah! Harap harap yang makan ni tak sakit perut! Amin!

Sejam kemudian~
-
-
-
Hasilnya! Ikan @#$%^ masak kari.. *tatau nama ikan -.-' dan sayur tumis ciptaan Sara Nuchslep!

Lepas masak, cuci cuci tangan.. Tangan walaweh! Sedih lah nak cakap kondisinya macam mana. Yang penting harini Sara berjaya masak setelah berabad tak masak, asyik masak telur goreng-maggie-telur goreng-maggie. Bagaimanakah rasanya? No comment! Yang penting cukup garam, cukup perencah, boleh dimakan dan ditanggung halal.

Ini bermakna Sara Nuchslep dah boleh jadi bini orang. Weheee.. *menggatal. Ok bye :D





No comments: